pakkordi

Super Moderators
  • Content Count

    1
  • Joined

  • Last visited

Community Reputation

0 Neutral

2 Followers

About pakkordi

  • Rank
    DDK! Fledgling

Recent Profile Visitors

The recent visitors block is disabled and is not being shown to other users.

  1. Ini ialah topik untuk diskusi dan pembaca digalakkan untuk memberi komen serta menambahkan lagi fakta sekiranya posting ini mengandungi fakta yang lama. Lima watak penting yang dimaksudkan ialah seperti dibawah. 1) PEMBELI/PENGGUNA DAN PENIAGA Pembeli/peniaga harus faham fakta mengapa pengunaan cryptocurrency adalah lebih baik dari menggunakan online banking dan kad kredit. Antara faktanya ialah bebas dari banking fee, transaksi crypto lebih telus. Ada juga pengguna yang tidak tahu kewujudan cryptocurrency. Mungkin pembaca boleh menambah lagi fakta2 ini. 2) PEMBANGUN SISTEM Menbangunkan pelbagai sistem blockchain (asas kepada cryptocurrency) untuk digunapakai ("use-case") oleh organisasi/individu didalam operasi harian mereka. Contoh "use-case" ialah seperti membuka padlock dan kunci pintu menggunakan blockchain. Sila tambah contoh-contoh "use-case" lain. Pembangun sistem juga perlu membuktikan bahawa sistem ini menggunakan keselamatan tahap tertinggi untuk mendapatkan kepercayaan pengguna. 3) PELABUR Pelabur institusi seperti venture capital perlu lebih memahami blockchain sebagai salah satu pemangkin didalam memperbaiki produktiviti organisasi. Pelabur juga perlu faham bahawa ada "nilai" tinggi didalam cryptocurrency dan banyak peluang untuk mengaut keuntungan didalamnya. 4) INSTITUSI KEWANGAN Pihak bank tidak boleh beranggapan bahawa cryptocurrency akan mengambil alih keseluruhan operasi bank. Ini adalah agak mustahil. Pihak bank perlu memahami bahawa cryptocurrency sebagai salah satu dari cabang transaksi yang boleh menambah perkhidmatan "value-add" mereka kepada pelanggan. 5) REGULATORS Pihak pengawal selia sistem kewangan adalah tembok halangan terakhir untuk cryptocurrency. Masalah perundangan dan klasifikasi cryptocurrency sering menjadi isu yang mereka tampilkan untuk tidak membantu industri cryptocurrency. Perbezaan kawal selia diantara negara juga perlu diatasi untuk cryptocurrency berkembang. Kita hanya menunggu masa sahaja sebelum pihak kawalselia kewangan membenarkan penggunaan cryprocurrency secara mutlak. (Posting ini ialah pendapat peribadi penulis dan dipetik dari sumber PWC yang agak lama www.pwc.com/us/en/industries/financial-services/library/cryptocurrency-evolution.html yang ditulis pada 2015).