Khairudin

Citer pasal Staking Reward (SR)

Recommended Posts

Strategi Dato @Arai_Ezzra (DAE) mengurangkan SR mengikut tempoh masa tertentu merupakan antara Strategi Menarik, melalui kaedah ini beliau telah merancang seolah oleh seperti timebomb yang akan meletup bagi memastikan pengeluaran Liquid DDK (LDDK) sentiasa berkurangan mengikut keperluan dari masa ke semasa. 

Berikut antara tanggapan saya bagaimana pengiraan tempoh masa mengikut Blok Height. 

Pengiraan Blok
10 sec = 1 Blok
1 minit = ( 1 X 6 ) 6 Blok
1 Jam = ( 6 X 60 ) 360 Blok
1 Hari = ( 360 X 24 ) 8,640 Blok

Reward / / (Bermula Blok Height)
▶️ 10% / 365 hari / ( 0-3,153,600 )
⬇️ 8% / 180 hari / ( 3,153,601 )
⬇️ 6% / 180 hari / ( 4,708,801 )
⬇️ 4% / 180 hari / ( 6,264,001 )
⏺ 2% / / bermula ( 7,819,201 )

Reward / / ( Anggaran Tarikh Bermula )
▶️ 10% / 365 hari / ( 18 Jun 2019 )
⬇️ 8% / 180 hari / ( 17 Jun 2020 )
⬇️ 6% / 180 hari / ( 14 Dis 2020 )
⬇️ 4% / 180 hari / ( 12 Jun 2021 )
⏺ 2% / / bermula ( 09 Dis 2021 )

Berapa % lagi tinggal untuk menuju ke 8% Staking Reward
Blok Height semasa:
741,050 / 3,153,600 = 23.50%

Berapa hari lagi tinggal untuk menuju ke 8% Staking Reward
Blok Height to go:
2,412,550 / 8640 = 279 Hari
Anggaran Tarikh: 17 Jun 2020

Boleh Rujuk bagi Block Height :
https://ddkexplorer.ddkoin.com/blocks

  • Like 3

Share this post


Link to post
Share on other sites

Soalan
Ape kaitan dengan pengurangan Staking Reward (SR) dengan harga DDK di Global Exchanger (GE)?

Saya terangkan mengikut pemahaman saya
Kita anggap Hasil SR itu ibarat gaji yang bakal diterima setiap 28 hari (Hasil Vote 4X)

Andai kata kita mempunyai
1000 DDK dan menerima SR 10%
Setiap 28 hari terima 100 DDK
Mengambil kira harga ketika itu 100 USD per DDK ini bermakna 
100 DDK X 100 USD = 10,000 USD 

Dengan pengurangan SR 8%
Kita hanya perolehi 80 DDK selama 6 bulan seterusnya
Sekiranya kita masih mengekalkan harga 100 USD per DDK
Bermakna
80 DDK X 100 USD = 8000 USD
Perbezaan 2000 USD ibarat gaji kita dipotong hanya kerana kita masih mengekalkan harga jualan yang sama

Bagi mengekalkan nilai gaji yang sama kita HARUS lah menjual
dengan harga tinggi cikit
80 DDK X 125 USD = 10,000 USD
Itu bagi membolehkan kita  mengekalkan nilai gaji yang sama, tetapi kalau nak gaji tinggi cikit kita up lagi tinggi lagi bagus. 

Dipendekkan citer setiap kali pengurangan SR, peluang untuk SH naikkan harga DDK (20%-30%)
Nie bermakna secara teorinya SH, dijangka menerima kenaikan gaji setiap 6 Bulan

Itu semua sekiranya semua SH sepakat
Kalau masih ada yang nak gaji kena potong nak buat macam mane. 

  • Like 3

Share this post


Link to post
Share on other sites
Quote

 

Terima kasih @Khairudin membuat pengiraan yang senang di fahami buat semua. 😁

Oleh itu dengan pengurangan % staking reward mengikut block height, bukan sahaja staking reward yang kita terima berkurang, ia juga bermaksud DDK cair di pasaran juga akan berkurang. Apabila Supply berkurang (dari 100ddk ke 80ddk), dan adanya Demand yang tinggi seperti masa yang kita menerima 100ddk itu, harga DDK seharusnya meningkat. Rules of Demand & Supply. 😊👍

  • Like 1

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.


  • Recently Browsing   0 members

    No registered users viewing this page.